Thursday, March 8, 2007

Sajak untuk yang mereka yang memahami.........

And He Gave Me To You

Ever wonder why you're the lucky one
The one who came to be?
The oh so very lucky one

Who was chosen to care for me?

It may not be obvious sometimes
But you have all I need.
I need someone with patience

I need someone who is kind.
I need someone who is strong

And not quick to loose their mind

I need someone who is special
Someone very special indeed
I need someone who will care,

Someone to care for me

You may never know my thoughts
You may never know my voice
Just please be reassured

That was not my choice.

God knew what he was doing
When he gave me to you
He knew you could handle me

He knew what you could do.

You see I am very special
Someone very special indeed
I need someone who will care

Someone to care for me

I know that I am not perfect
And that I make you cry
That was not my intent

I'm just your little guy.

One day you will know me
The way you want to know
But for now I'm just me

No matter how hard that may be

But I am a special person
Someone very special indeed
You'll never know how glad I am

That God gave you to me.

You see you are not the lucky one
The lucky one is me

Wednesday, March 7, 2007

Siapa murid-murid Pendidikan khas?

Mengikut terjemahan Kirk (1993), definisi pendidikan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam:
a. Ciri-ciri mental
b. Keupayaan deria
c. Ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal
d. Tingkah laku sosial ataupun emosi
e. Keupayaan komunikasi ataupun
f. Pelbagai kekurangan

Program pendidikan khas ialah suatu program yang disediakan di sekolah khas untuk murid-murid yang bermasalah penglihatan ataupun bermasalah pendengaran. Suatu program percantuman di sekolah biasa bagi murid-murid yang bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran ataupun masalah pembelajaran. Suatu program pendidikan inclusive bagi murid-murid pendidikan khas yang dapat menghadiri kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.
Definisi Murid Pendidikan KhasMengikut terjemahan Kirk (1993), definisi pendidikan khas ialah kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak sederhana ataupun biasa dalam:a. Ciri-ciri mental. Keupayaan deria. Ciri-ciri saraf dan otot ataupun fizikal. Tingkah laku sosial ataupun emosie. Keupayaan komunikasi ataupun. Pelbagai kekurangan sehingga memerlukan amalan-amalan sekolah yang diubah-suai ataupun memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan pendidikan khas, supaya ia dapat berkembang sehingga kemampuan yang maksimum.

Pendidikan Khas.....Satu Realiti

Adakalanya ketika meniti dunia profesion perguruan ini,kita berdepan dengan dilema .....apa sebenarnya yang dicari .........Lantas ketika itu aku membuat pilihan untuk mencuba ke satu alam "baru" atas dasar "curiousity"..... Melangkah ke alam baru ini bukanlah sesuatu yang menyenangkan pada mulanya......Mungkin ada di kalangan kita beranggapan, tiada cabaran di alam ini...namun realitinya....cabaran yang lebih besar menunggu dari pelbagai aspek....kali pertama ketika menghadapi muka-muka "decent" dan "helpless" mereka , naluri aku tersentuh.....betapa mereka lebih memerlukan kehadiran seorang guru yang bukan sahaja dapat mendidik , membimbing ,malahan memimpin mereka untuk menjalani kehidupan ini...... Pepatah "taking things for granted"...memang ada benarnya...... Kita tidak menyedari bahawa....kelebihan yang ada pada kita merupakan satu kurniaan yang tidak ternilai harganya......Melihat kepada kekurangan yang ada pada murid-murid berkeperluan khas ini menjadikan aku insan yang menghargai kuniaan Ilahi....Mereka serba "kekurangan"....namun itulah yang menjadikan mereka istimewa......
Sebelum mengenali pendidikan khas, aku sendiri tidak pernah terdedah kepada alam ini.....Frasa-frasa seperti ADHD, Autisme, Sindrom Down, Mild Mental Retardation, Aphsia, Slow Learner, Hypoactive dan sebagainya merupakan sesuatu yang "alien" pada aku. Namun kini aku mula mengenali, cuba memahami apa dan siapa yang dikategorikan sebagai golongan murid berkeperluan khas.Jika tidak diberi peluang, aku pasti sebilangan besar golongan ini pastinya akan terpinggir , diketepikan serta dinafikan hak mereka sebagai anggota masyarakat. Tetapi dengan adanya program pendidikan khas yang diintegrasikan di dalam sekolah-sekolah aliran perdana, mereka diberi peluang untuk bersama-sama merasa alam persekolahan.
Berhadapan dengan karenah mereka yang sangat sukar diramalkan serta boleh pula berubah dalam sekelip mata adakalanya menuntut tahap kesabaran yang amat tinggi. Walaupun mungkin hanya terdapat tiga ke empat orang murid sahaja di dalam sesebuah kelas, namun proses P & P yang dilaksanakan akan memakan masa dan memerlukan seseorang guru itu menjadi seorang yang amat fleksible mengikut ciri-ciri serta kebolehan murid berkeperluan khas tersebut.
Sebagai penutup, apa yang ingin dinyatakan di sini adalah, cabaran dan halangan sentiasa bersama-sama kita dalam usaha untuk menginsankan murid-murid pendidikan khas. Namun, yakinlah bahawa jika kita benar-benar ikhlas dalam menjalankan amanah ini, maka Tuhan akan mempermudahkan segalanya untuk kita....Insyallah.....