Adakalanya ketika meniti dunia profesion perguruan ini,kita berdepan dengan dilema .....apa sebenarnya yang dicari .........Lantas ketika itu aku membuat pilihan untuk mencuba ke satu alam "baru" atas dasar "curiousity"..... Melangkah ke alam baru ini bukanlah sesuatu yang menyenangkan pada mulanya......Mungkin ada di kalangan kita beranggapan, tiada cabaran di alam ini...namun realitinya....cabaran yang lebih besar menunggu dari pelbagai aspek....kali pertama ketika menghadapi muka-muka "decent" dan "helpless" mereka , naluri aku tersentuh.....betapa mereka lebih memerlukan kehadiran seorang guru yang bukan sahaja dapat mendidik , membimbing ,malahan memimpin mereka untuk menjalani kehidupan ini...... Pepatah "taking things for granted"...memang ada benarnya...... Kita tidak menyedari bahawa....kelebihan yang ada pada kita merupakan satu kurniaan yang tidak ternilai harganya......Melihat kepada kekurangan yang ada pada murid-murid berkeperluan khas ini menjadikan aku insan yang menghargai kuniaan Ilahi....Mereka serba "kekurangan"....namun itulah yang menjadikan mereka istimewa......
Sebelum mengenali pendidikan khas, aku sendiri tidak pernah terdedah kepada alam ini.....Frasa-frasa seperti ADHD, Autisme, Sindrom Down, Mild Mental Retardation, Aphsia, Slow Learner, Hypoactive dan sebagainya merupakan sesuatu yang "alien" pada aku. Namun kini aku mula mengenali, cuba memahami apa dan siapa yang dikategorikan sebagai golongan murid berkeperluan khas.Jika tidak diberi peluang, aku pasti sebilangan besar golongan ini pastinya akan terpinggir , diketepikan serta dinafikan hak mereka sebagai anggota masyarakat. Tetapi dengan adanya program pendidikan khas yang diintegrasikan di dalam sekolah-sekolah aliran perdana, mereka diberi peluang untuk bersama-sama merasa alam persekolahan.
Berhadapan dengan karenah mereka yang sangat sukar diramalkan serta boleh pula berubah dalam sekelip mata adakalanya menuntut tahap kesabaran yang amat tinggi. Walaupun mungkin hanya terdapat tiga ke empat orang murid sahaja di dalam sesebuah kelas, namun proses P & P yang dilaksanakan akan memakan masa dan memerlukan seseorang guru itu menjadi seorang yang amat fleksible mengikut ciri-ciri serta kebolehan murid berkeperluan khas tersebut.
Berhadapan dengan karenah mereka yang sangat sukar diramalkan serta boleh pula berubah dalam sekelip mata adakalanya menuntut tahap kesabaran yang amat tinggi. Walaupun mungkin hanya terdapat tiga ke empat orang murid sahaja di dalam sesebuah kelas, namun proses P & P yang dilaksanakan akan memakan masa dan memerlukan seseorang guru itu menjadi seorang yang amat fleksible mengikut ciri-ciri serta kebolehan murid berkeperluan khas tersebut.
Sebagai penutup, apa yang ingin dinyatakan di sini adalah, cabaran dan halangan sentiasa bersama-sama kita dalam usaha untuk menginsankan murid-murid pendidikan khas. Namun, yakinlah bahawa jika kita benar-benar ikhlas dalam menjalankan amanah ini, maka Tuhan akan mempermudahkan segalanya untuk kita....Insyallah.....
1 comment:
hu...hu...cikgu pend.khas..rupenye....
Post a Comment